Usulan kecelikhurufan dan pendidikan Bahasa_Jabo

Bahasa Glebo (bahasa Grebo Pesisir) mungkin mempunyai sejarah kesusasteraan terawal dari mana-mana lainan pertuturan di kawasan Tanjung Palma, bertarikh sejak zaman usaha mubaligh yang dikaitkan dengan Maryland di Afrika. Walau bagaimanapun, bahasa Jabo, dan bukannya bahasa Glebo, telah diusulkan oleh tinjauan SIL[15] sebagai asas ortografi penyatuan atau Ausbausprache untuk jenis pertuturan kumpulan bahasa-bahasa Grebo Selatan, walaupun dengan prestij dan keutamaan bahasa Glebo.

Pilihan ini mungkin disebabkan oleh sifat bahasa Jabo yang mengekalkan beberapa ciri "kuno" daripada bahasa protonya, jika memang benar fonologinya yang sangat berbeza mencerminkan peringkat perkembangan yang sama. Mengikut rinsip pedagogi, sepatutnya lebih mudah untuk mengajar merentas kumpulan heterogen daripada sistem tulisan yang dibezakan (kepada lainan yang telah digabungkan perbezaannya), berbanding sebaliknya. Pelajar yang bercakap dalam lainan yang kurang berbeza hanya perlu belajar untuk mengabaikan perbezaan yang "berlebihan" sebagai homonim heterografik, dan bukannya menghafal banyak homograf heterofonik yang kelihatan rawak.